1.
Bersyukur apabila mendapat nikmat
2.
Sabar apabila mendapat kesulitan
3.
Tawakal apabila mempunyai rencana/program
4.
Ikhlas dalam segala amal perbuatan
5.
Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
6.
Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
7.
Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
8.
Jangan usil dengan kekayaan orang
9.
Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
10.
Jangan sombong jikalau memperolehi kejayaan
11.
Jangan tamak kepada harta
12.
Jangan terlalu bercita-cita akan sesuatu kedudukan
13.
Jangan hancur karena kezaliman
14.
Jangan goyah kerana fitnah
15.
Jangan mempunyai keinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
16.
Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17.
Jangan sakiti ayah dan ibu
18.
Jangan usir orang yang meminta-minta
19.
Jangan sakiti anak yatim
20.
Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
21.
Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22.
Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23.
Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
24.
Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid
25.
Biasakan diri dengan solat malam
26.
Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
27.
Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28.
Sayangi dan santuni fakir miskin
29.
Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30.
Jangan marah berlebih-lebihan
31.
Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32.
Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah
33.
Berlatihlah mengkonsentrasikan fikiran
34.
Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu
sebab tidak dapat dipenuhi
35.
Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36.
Jangan percaya ramalan manusia
37.
Jangan terlampau takut miskin
38.
Hormatilah setiap orang
39.
Jangan terlampau takut kepada manusia
40.
Jangan sombong, takabbur dan besar kepala
41.
Berlakulah adil dalam segala urusan
42.
Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44.
Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
45.
Perbanyakkan silaturrahim
46.
Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
47.
Bicaralah secukupnya
48.
Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
49.
Hargai waktu, disiplinkan diri mengurus waktu dan manfaatkan waktu
50.
Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
51.
Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin 52. Sediakan waktu untuk santai
dengan keluarga 53. Makanlah secukupnya, tidak berkurangan dan tidak berlebihan
54. Hormatilah kepada guru dan ulama 55. Sering-sering berselawat kepada nabi
56. Cintai keluarga Nabi saw 57. Jangan terlalu banyak hutang 58. Jangan
terlampau mudah berjanji 59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa
kehidupan dunia adalah kehidupan sementara 60. Jauhkan diri dari
perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti membicarakan hal yang tidak
memberi faedah. 61. Bergaullah dengan orang-orang soleh 62. Sering bangun di
penghujung malam, berdoa dan beristighfar 63. Lakukan ibadah haji dan umrah
apabila sudah mampu 64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita 65.
Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
66. Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendiriannya 67. Jangan benci
kepada orang yang membenci kita 68. Berlatih untuk berterus terang dalam
menentukan sesuatu pilihan 69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka
yang memperolehi kesulitan 70. Jangan melukakan hati orang lain 71. Jangan
membiasakan diri berkata dusta 72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan
mendapatkan kerugian 73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab 74.
Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan 75. Hormati
orang lain yang lebih tua dari kita 76. Jangan membuka aib orang lain 77.
Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih
berprestasi dari kita 78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif
dan bijaksana 79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya 81. Jadilah
manusia yang selalu memberi manfaat untuk agama, bangsa dan negara 82. Kenali
kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain 83. Jangan membuat orang
lain menderita dan sengsara 84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata
apa-apa 85. Hargai prestasi dan pemberian orang 86. Jangan habiskan waktu untuk
sekedar hiburan dan kesenangan 87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang
bersangkutan tidak menyenangkan 88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang
sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita 89. Jangan berbuat
sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu 90.
Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana 91. Pandai-pandailah untuk
melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita 92.
Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata
sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina 93. Jangan cepat percaya
kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban 95. Sambutlah huluran
tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri 97.
Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari
kenyataan kehidupan 98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan
dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan 99. Jangan sukses di atas
penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang
Tidak ada komentar:
Posting Komentar